Sunday, November 11, 2018

Bilik untuk disewa Taman Mawar Emas Villa, Bandar Baru Salak timggi, Sepang

Bilik untuk disewa dengan selesa.

Apartment Emas Villa, Taman mawar, Bandar Baru Salak Tinggi.

TINGKAT BAWAH.

Kawasan strategik ke Putrajaya, Cyberjaya, Klia, Nilai & Kuala Lumpur.

Terus ke jalan besar untuk sampai ke destinasi di atas.

Perempuan sahaja.

1 kekosongan bilik

Dilengkapi kemudahan :

2 katil
2 almari baju
2 meja belajar
Peti ais
Mesin basuh
Meja makan
Almari kasut

Pertanyaan lebih lanjut & melihat bilik
www.wasap.my/601139020830






#Bilikuntukdisewa
#EmasVilla
#TamanMawar
#PelajarPekerja
#Berdekatan
#Klia
#Putrajaya
#Cyberjaya
#Puchong
#Bangi
#Nilai
#Kualalumpur
#Seremban
#Mudahsampai
#HospitalSerdang
#KTMNilai
#ErlSalakTinggi
#AeonNilai
#AlamandaPutrajaya
#Peluangpekerjaandisekitar

Wednesday, January 3, 2018


Korang, yang mana grad nanti kita celebrate.
Not forgetting Pn Azina yang suh kita wat makan-makan
Assalamualaikum semua.


Pertama sekali gua nak lahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana diatas kurnianya kita dapat menamatkan pengajian diploma kita ini dengan jayanya. Alhamdulillah.


Selama tiga tahun ini, kita tempuhi pelbagai dugaan dan rintangan dengan penuh ketabahan. Dan inilah hasil usaha kita sepanjang bergelar mahasiswa, segulung diploma.


Dalam Doa sentiasa.

Suasana suram. Sukar ditulis disini tentang perasaan itu.

Arwah merupakan seorang yang amat amat amat aku kagumi. Setiap perkataan yang terbit dari mulutnya membuatkan kau berkata ‘wow, mana Pak tau?’ atau ,’fuyo.’. dan setiap perkataan yang terbit itu adalah ilmu yang kau dapat apabila kau membaca buku setebal 500-1000 pages sahaja.
Ilmu Falsafah? Aku paling suka bila Pak cerita tentang ini kerana aku suka sejarah. Aku suka pabila pak pandai mengaitkannya dengan bidang perancang Bandar, politik (which I hate), dsbg. Aku paling suka bila Pak cerita tentang Urban Design kerana dia semamngnnya arif walaupun bukan Major yang diambilnya dahulu. Aku SUKA semua….
Pak juga sakit. Usianya yang tua 70 tahun, namun diberi bilik jauh di atas tingkat 4 blok V masih gagah didaki setiap hari, masih gagah menghantar isterinya ke hospital setiap khamis tengahari, masih mampu ke pasar tani membeli barangan dapur, dan masih tidak jemu menjadi pengajar walaupun sebahagian anak muridnya tidak langsung menghormatinya.
Ilmunya tiada tolok bandingan dengan manusia yang usia terlalu jauh dari kita. Namun Allah lebih mengetahui segalanya. Yang terbaik ialah dia pergi supaya kami generasi hari ini bangun bukan untuk mengenang tetapi untuk mempraktikkan ilmunya.
Sudah tentu selepas ini tiada lagi ku dengari Socrates, Abracombie, or even about piano dan orchestra seperti yang Pak selalu cerita. Dan juga tiada lagi sura Pak yang selalu, “ha fikir dulu sebelum jawab, tapi jangan lama2 sgt”,.. tiada lagi wajah yang sentiasa tersenyum memandang kami yang masih mencari arah hidup.
Last text mesej pada Pak ialah pada dua bulan lepas.
Aku
Salam, Pak, ini syiqah? Ingat tak?
Pak amir sihat kah? Kami rindu Pak Amir.
Pak
Salam. Ingat aja. Saya sihat . Saya juga rindu kamu semua.

Dan hari ini dia tidak lagi akan membalas mesej khabarku.
Sentiasa dalam kenangan.

Ayahanda berwibawa.
Arrawahyarham Prof Madya Dr Amiruddin Abu Bakar.

lihat!






akhirnya, aku berjaya!
>,<

sem baru 2011...

Dah sgt lama tak update!!
Baru terperasan yg sem ni tak post satu entry pon lagik!! Padahal dah sebulan lebih sesi baru ni bermula..hehe.. Haiya...adakah terlalu bizi..?

Sem baru ini merupakan sem terakhir bagi senior2 tahun 4 mcm saye ni berada di UTM Skudai.. (tu pon kalu takde sangkut pape paper la...insyallah!) always try my best to graduate on tiz August!!

Truly, takde lah bizi sgt..tapi maybe dek kerana tekanan tesis a.k.a Projek Sarjana Muda (PSM) yg perlu kami hadapi sem ini.. btol, mmg tertekan jugak.. (sampai 3 ekor jerawat dok menumpang di muka ku..jerawat tekanan namanya). Kelas pon tak byk..juz hari Rabu and Khamis je! Besh kan? Sbnrnye klas bg 2 hari itu sgt pack ok, dr awal pagi kol 8.30 sampai 5ptg!! Tp takpe lah sbb hari len bley berseronok takpon balik kampung!! Yg tak beshnye Hari Jumaat DIWAJIBKAN gi seminar yg dikhaskan utk dak2 Urban Regional Planning UTM..setiap minggu ok!! Dah rugi 1 hari utk bersuka ria.. Yelah tu bersuka ria.. Hari-hari lain (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa) aku gunakan dgn sgt komited utk menyiapkan assignment, study (bile ade test) dan progress tesis.. Mane hade lepak2.. Masa mcm berlalu dgn cpt sgt! Tak terkejar nak cover 5 subjek sem nih.. Sume Lecturer ngah berebut2 bg assignment! Ye..makaseyh! Mst sbb nak pastikan saye kuar UTM ni dgn ilmu yg penuh di dada kan? Terharu~

Seswai lah dgn status SENIOR tuh, maka tidaklah kau hanya duduk goyang kaki saje Raihana! Len la dah keje ti bergelar SENIOR EXECUTIVE yang bergaji rm5k and above tuh, mmg lah ko buleh bersenang lenang..(mandai lah aku! bz gak hape!)
Kwn2 kata "sem akhir nih..mesti buat btol2!!". Yelah aku setuju.

Ni pon aku menaip semasa menanti masa utk tapau bersama kroni2 ku tepat jam 12.30pm kang.. Itu je mase mahu berehat2.. Hehe.. Itu adalah jadual gi tapau yg kami ciptakan sendiri.. (utk hari2 yg tiada kelas).. Pastu mkn bersama2, biasanya port terbaik adalah bilik ku yg berseri2 ni! Owh terima kasih kpd kawan2 yg selalu memuji bilik saye, walaupun sem ni mmg malas nak melayan keseriaannya! (Jgn isau, takde la kritikal sgt..masey berseri2 hape!)




Monday, September 10, 2012

tahniah nadiah & opie

salam semua...

sebenarnya nak wish congratulation untuk nadiah ismail dengan muhammad soffi othman kerana telah berjaya temuduga spa jawatan gred j41 pegawai perancang bandar dan desa..gud luck korang..
atleast ada juga wakil batch kite yang lepas temuduga tu...im proud of you guys..
okeylah bubye...

wassalam


Tuesday, November 15, 2011

wink2...

hye..sgt lama blog ini sunyi...sumer sihat ke???:)

Sunday, May 29, 2011

miss miss miss




rindu korang semua..nanti jom buat reunion ..
mari berkumpul bersama semula..dekatkan hati kite semua....
rindu babe....jom pegi umah puan azina..hehehe



Wednesday, April 20, 2011

good luck semua!!


assalamualaikum..

untuk korang semua....good luck for thesis, exam, and viva voce...

tetiba rasa macam sedih =( pulak bila dah nak last-last nie...

teringat pulak time last diploma dulu...seriously rindu time diploma..
biasa la tu kan..nant after hbs semua kite wat cam dulu2 ey...together2..okey..

wassalam