Monday, November 23, 2009

Dalam Doa sentiasa.


Suasana suram. Sukar ditulis disini tentang perasaan itu.

Arwah merupakan seorang yang amat amat amat aku kagumi. Setiap perkataan yang terbit dari mulutnya membuatkan kau berkata ‘wow, mana Pak tau?’ atau ,’fuyo.’. dan setiap perkataan yang terbit itu adalah ilmu yang kau dapat apabila kau membaca buku setebal 500-1000 pages sahaja.

Ilmu Falsafah? Aku paling suka bila Pak cerita tentang ini kerana aku suka sejarah. Aku suka pabila pak pandai mengaitkannya dengan bidang perancang Bandar, politik (which I hate), dsbg. Aku paling suka bila Pak cerita tentang

Urban Design kerana dia semamngnnya arif walaupun bukan Major yang diambilnya dahulu. Aku SUKA semua….

Pak juga sakit. Usianya yang tua 70 tahun, namun diberi bilik jauh di atas tingkat 4 blok V masih gagah didaki setiap hari, masih gagah menghantar isterinya ke hospital setiap khamis tengahari, masih mampu ke pasar tani membeli barangan dapur, dan masih tidak jemu menjadi pengajar walaupun sebahagian anak muridnya tidak langsung menghormatinya.

Ilmunya tiada tolok bandingan dengan manusia yang usia terlalu jauh dari kita. Namun Allah lebih mengetahui segalanya. Yang terbaik ialah dia pergi supaya kami generasi hari ini bangun bukan untuk mengenang tetapi untuk mempraktikkan ilmunya.

Sudah tentu selepas ini tiada lagi ku dengari Socrates, Abracombie, or even about piano dan orchestra seperti yang Pak selalu cerita. Dan juga tiada lagi sura Pak yang selalu, “ha fikir dulu sebelum jawab, tapi jangan lama2 sgt”,.. tiada lagi wajah yang sentiasa tersenyum memandang kami yang masih mencari arah hidup.

Last text mesej pada Pak ialah pada dua bulan lepas.

Aku:

Salam, Pak, ini syiqah? Ingat tak?

Pak amir sihat kah? Kami rindu Pak Amir.

Pak:

Salam. Ingat aja. Saya sihat . Saya juga rindu kamu semua.


Dan hari ini dia tidak lagi akan membalas mesej khabarku.


Sentiasa dalam kenangan.

Ayahanda berwibawa.


Friday, November 6, 2009

Entry last sem saya

Dimana kita berdiri sekarang bukanlah tempat dimana kita mencari dan memerlukan musuh, tetapi adalah tempat untuk kita mencari kenalan dan mengeratkan perhubungan.Ye, aku mengaku bahawa agak sukar untuk aku menyesuaikan diri di tempat baru, dan aku juga terpaksa menyesuaikan diri dengan tenaga pengajar yang sudah lama mengenali kamu tetapi bagi aku, ini adalah semester pertama aku dengan mereka. Dan aku juga masih tidak faham cara kamu bekerja dan cara kamu berkomunikasi dengan tenaga pengajar dan juga rakan yang lain.Sama seperti rakan-rakan aku yang lain. Cabaran pertama yang terpaksa aku hadapi apabila telah diberi kepercayaan untuk mengetuai kumpulan cadangan Metro B, Kuala Selangor. Terima kasih, aku cuba untuk memahami, aku cuba bertolak ansur secara perlahan-lahan Maaf sekiranya aku terkasar bahasa dan membuatkan korang terasa hati dengan aku, Cuma satu yang masih bermain difikiran aku adalah, cara kamu cuba menjatuhkan rakan kamu sendiri, mungkin dia tak pernah ambil tahu langsung kerja kumpulan kamu, tapi tidak bermakna dia adalah "loser" :) ingat nama kumpulan tak menentukan apa-apa, ye aku tau, tapi kadang-kadang bila hati menguasai diri, kamu takkan dapat apa-apa kan. Mungkin cara aku diajar di sana agak berlainan dengan situasi di sini. Maaf ini adalah kenyataan. Mungkin masa menentukan, perlahan-lahan ye kawan-kawan. Mesti boleh


okey guys. Enough is Enough :) Happy holiday



ps: that's what you get when you let your heart win

Thursday, November 5, 2009

Rahmat Hujan

Sekarang semua emosi tak stabil. Tidak apa. Buangkan segala perkara negative yang menghantui diri. Kita jadikan semester ini satu pengalaman baik untuk sem depan.

Ya benar kita tak sebagus mereka dalam aspek 'word can't be display', and jadikan itu sebagai pemangkin untuk kita saingi mereka dengan sihat. Tak kisah betapa garangnya bakal2 cikgu nanti... we have to challenge them.

ingat! lagi 2 tahun anda akan menjadi Seorang perancang bandar. PEGAWAI tau! pastikan teknikal dan personality sudah betul betul bersedia!


remember my friend, seing ' 'word can't be display' is not very gentle..



*hujan lebat adalah waktu yang sesuai berdoa semoga semua orang success*