Monday, November 23, 2009

Dalam Doa sentiasa.


Suasana suram. Sukar ditulis disini tentang perasaan itu.

Arwah merupakan seorang yang amat amat amat aku kagumi. Setiap perkataan yang terbit dari mulutnya membuatkan kau berkata ‘wow, mana Pak tau?’ atau ,’fuyo.’. dan setiap perkataan yang terbit itu adalah ilmu yang kau dapat apabila kau membaca buku setebal 500-1000 pages sahaja.

Ilmu Falsafah? Aku paling suka bila Pak cerita tentang ini kerana aku suka sejarah. Aku suka pabila pak pandai mengaitkannya dengan bidang perancang Bandar, politik (which I hate), dsbg. Aku paling suka bila Pak cerita tentang

Urban Design kerana dia semamngnnya arif walaupun bukan Major yang diambilnya dahulu. Aku SUKA semua….

Pak juga sakit. Usianya yang tua 70 tahun, namun diberi bilik jauh di atas tingkat 4 blok V masih gagah didaki setiap hari, masih gagah menghantar isterinya ke hospital setiap khamis tengahari, masih mampu ke pasar tani membeli barangan dapur, dan masih tidak jemu menjadi pengajar walaupun sebahagian anak muridnya tidak langsung menghormatinya.

Ilmunya tiada tolok bandingan dengan manusia yang usia terlalu jauh dari kita. Namun Allah lebih mengetahui segalanya. Yang terbaik ialah dia pergi supaya kami generasi hari ini bangun bukan untuk mengenang tetapi untuk mempraktikkan ilmunya.

Sudah tentu selepas ini tiada lagi ku dengari Socrates, Abracombie, or even about piano dan orchestra seperti yang Pak selalu cerita. Dan juga tiada lagi sura Pak yang selalu, “ha fikir dulu sebelum jawab, tapi jangan lama2 sgt”,.. tiada lagi wajah yang sentiasa tersenyum memandang kami yang masih mencari arah hidup.

Last text mesej pada Pak ialah pada dua bulan lepas.

Aku:

Salam, Pak, ini syiqah? Ingat tak?

Pak amir sihat kah? Kami rindu Pak Amir.

Pak:

Salam. Ingat aja. Saya sihat . Saya juga rindu kamu semua.


Dan hari ini dia tidak lagi akan membalas mesej khabarku.


Sentiasa dalam kenangan.

Ayahanda berwibawa.


7 comments:

Thenadi said...

damn! aku nangis kot baca benda ni!!

hoyden innayvil said...

"ingat hoyden pesanan saya, jangan berdiam diri saja, dan jangan kamu senang ditipu dengan cakap diorang,dan saya tahu kamu memang berkebolehan.ingat tu pesanan saya hoyden."
nasihat yang terahkir dari pak amir untuk aku.....

saya betul2 mengkagumi semangat pak amir ntuk mengajar....

tapibukanaku said...

salam..
Al-Fatihah..

::mellankolia:: said...

dlm post aku ritu ade ckp mau bertemunya..
tak dpt..how sad!!!!

Anonymous said...

aku sedih..sangat2 sedih...

JaMiLa said...

i love him like i love my father.. and i missing both of them...may Allah bless them..

anna said...

aku dpt tau bruta ni masa odw balik kelantan dr kl...rasa nk trn dr bus n pegi melawat arwah...tp ape kn daya aku...sedih sgt..terasa kehilangan sebutir permata yg tersangat bernilai...Semoga arwah dicucuri rahmat Ilahi...