Wednesday, June 24, 2009

English and Malays or Malay and English

PPSMI PPMSI.. whatever it is.
aku bukan nak cerita pasal isu ni.. tapi aku nak tanya sebenarnya, Adakah salah untuk belajar BAHASA INGGERIS, memperaktikkannya dan menjadikannya sebagai satu BAHASA ILMU?
bagi aku ianya salah jika BAHASA IBUNDA kita terabai jika penggunaan bahasa inggeris adalah terlalu berleluasa especially kalau dilihat pada drama-drama mak datin, remaja yang rancak kat tv sekarang ni...
ENGLISH? What is English.
sebenarnya English refers to sesebuah bangsa di Eropah Barat yang menonjolkan sesebuah budaya yang dikatakan berilmu dan bertamadun. English Man misalnya merujuk kepada orang inggeris barat di Utara Eropah contohnya England, Scotland etc. tetapi budaya yang mereka ada menyebabkan penggunaan orang inggeris itu ditukar kepada Scottish, French etc..
English sebagai bangsa penjajah?
Ya memang benar mereka adalah durjana yang memecahbelahkan bangsa dan perpaduan kita suatu ketika dahulu. Mereka merupakan bangsa yang membuat kita sungguh menderita..(nenek moyang to be true).. Masakan sebagai anak malaysia kita boleh lupa kekejaman dan kelicikkan mereka? walaupun buku sejarah itu tidak lengkap susunannya..tetapi cukup memberi gambaran betapa susahnya kita dengan bengsa yang pandai seperti mereka.
Mengapa perlu belajar BAHASA INGGERIS?
Ini hnylah pendapat peribadi.
Ingatkah kita dahulu tentang kemajuan tamadun islam suatu ketika dahulu?
bgaimana sebuah tamadun yang megah duduk di atas kekayaan yg diberikan Allah pada tamadun islam dahulu kemana perginya. Bagaimana sejarah itu dipadam?? Bagaimana pula orang yang belayar ke seluruh dunia menjadi orang lain (bangsa inggeris) sedangkan itu merupakan era Islam dan kegemilangan tamandunnya.
Kepandaian dan kelicikkan orang inggeris adalah kerana mereka MENGKAJI, MEMPELAJARI dan MEMMPELAJARI bahasa arab dan menggunakan ia untuk mencari kelemahan Bangsa Arab itu sendiri dan kemudiaan menjajah dan menggulingkan kita.
begitu juga ketika era kegemilangan Bahasa melayu yang dahulu mejadi ligua franca beb.. bahasa perantaraan! membuktikan betapa mereka perlu belajar bahasa melayu untuk berurusan. Dan ia hilang setelah mereka menjajah. Bagaimana? kerana melalui bahasa melayu, bangsa inggeris mencari KELEMAHAN kita dan menggulingkan kita.
So disini, kita sebenarnya sangat perlu belajar bahasa inggeris. Mereka mencuri tamadun kita dengan hanya belajar bahasa melayu maka Tak boleh ke kita lakukan perkara yang sama. kita lihat teknologi mereka. kita lihat bagaimana Jepun berjaya mengangkat martabat mereka? kerana mereka pada awalnya memang, BELAJAR BAHASA INGGERIS, belajar ilmu orang inggeris dan bawa masuk serta ajar anak bangsa mereka dengan BAHASA JEPUN. hebatkan?
Orang Malaysia
Perspektif orang malaysia ni lain sangat. Konon, bila dah terrer ckp english, anda bertamadun, anda cool, bla bla blah... dan inilah HATI yng MEMATIKAN OTAK serta Ubah persepsi remaja sekarang. Tanggapan terhadap belajar bahasa ilmu ubah melalui persepsi budaya+cara hidup. Kita terpesong sebenarnya tatapi sayang, hanya segelintir yang nampak bagaimana minda yang terpesong telah membunuh budaya malaysia itu sendiri.
lebih memesongkan apabila orang-orang atasan bertikam lidah menolak Bahasa Inggeris itu ini bla bla bla...
kalaulah kita semua dididik dari awal jalan yang betul, mesti tak jadi cenggini..
BEGINNER.
Dulu, aku tidak langsung pandai cakap english. sekarang pun masih belajar dan sampai tua aku akan sentiasa belajar. Mulanya tidak susah, bacalah sebanyak mana buku kanak-kanak/fairy tale story. sikit demi sedikit.. insyaallah, dalam 3 tahun, ada sudah boleh menjawab dengan bangga apabila pergi ke mana persidangan antarabangsa dan bertutur dengan lebih baik. Perlu ada confident, kesungguhan... dan apabila kita sudah berada di puncak, ajarkanlah anak-anak kita ilmu mereka yang tinggi tiu, menggunakan BAHASA IBUNDA.
p/s:ini hanya pendapat peribadi.

No comments: