Tuesday, May 5, 2009

Haruskah... Perlukah... Mestikah... Tak Malukah...

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada
orang lain.

Perbuatan itu mungkin menyebabkan
kesusahan, kerugian, perasaan malu dan
mendapat nama buruk akibat cerita itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu
dengan sesuatu perkara yang dibencinya.”

Sebenarnya ada Lima sebab kenapa manusia ini
suka mengumpat...

1. Ingin melenyapkan kemarahan
Apabila marahkan kepada seseorang, dilepaskan
dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang
yang dimarahi atau didendami.
Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah
kemarahan serta dendam dalam hati.

2. Kemegahan diri
Keinginan diri agar disifatkan lebih tinggi martabat.

3. Kedengkian Iri hati
melihat orang yang selalu dipuji dan
Dimuliakan. Jadi ia mencari jalan/kelemahan dan
keburukan orang tersebut agar orang itu tidak lagi
dipuji atau dimuliakan.

4. Saja suka-suka
Bersenda gurau untuk ketawa-ketawa yang tidak
ada manfaatnya iaitu memeriahkan suasana gurau
senda dengan menyebut cela-cela orang lain,
Tujuannya semata-mata untuk menjadi bahan
ketawa selalunya dari segi meniru perlakuan orang
yang diumpati.

5. Penghinaan
Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada
orang lain.

3 comments:

Thenadi said...

* tak sangka mengalahkan sedang mempelajari pendidikan islam*
terharu*
sila buat entri pasal.
BATU API.
pleasee~!!

::mellankolia:: said...

ade ustaz kat klas..
yeyeye...
sejuk perot mak...

CLouDMeD said...

hahaha...
ni la yang dikatakan memberi PERHATIAN ketika sesi PEMBELAJARAN...
anak buah ustaz ni...
siap ade gamba ustaz lagik...
nak aku POST ke?... hehe
tapi bawah skit dari KOME la...
takleh lawan KOME....
die yang paling rapat ngan ustaz....
die la paling HEBAT...
opss... ter UMPAT plak... yakyak